Rakyat Malaysia hakikatnya sangat hebat, mungkin tidak semua tetapi kebanyakannya begitu, golongan-golongan ini kelihatan mempunyai ilmu pengetahuan yang pelbagai even thought mereka tak pernah pun menghadapi situasi tersebut sebelum ini. Ini dibuktikan melalui tragedi-tragedi yang menimpa negara bermula dengan insiden Lahad Datu, MH370 dan sebagainya. Semasa insiden ramai yang menunjukan kepakarannya berada di lapangan serta seperti mereka sedang duduk di kamar krisis dan menguruskan insiden-insiden tersebut Ada yang menjadi panglima perang ada pula yang jadi pakar penerbangan, mechanic, jurutera, dan sebagainya, walaupun bila disemak-semak ada dikalangan kutu ni baru je tingkatan 4, untuk yang tu pula masih dalam pengajian dalam bidang perakaunan, mangkuk ni pula kerani je dekat syarikat kecil-kecilan serta banyak lagi lah dan yang tak tahu mana hala pun banyak. Nampak hebatkan tranformasi rakyat malaysia?.
Kemudian hasil dari emosi mereka, mereka kongsikan dengan seluruh dunia melalui laman sosial facebook, twitter dan sebagainya, tidak cukup itu berita-berita yang disiarkan pun mereka akan cuba masuk campur dengan melemparkan komen-komen yang tak masuk akal pun ada, tu belum makian dan cacian ketika segala pendapat mereka disangkal oleh orang lain.
Hakikatnya penyebaran maklumat palsu serta fakta tidak berasas boleh mengugat kestabilan negara, ramai yang tidak tahu mengenai hal ini kerana mereka memang tak tahu dan tak ingin tahu. Mohon yang punya kuasa perundangan menyemak balik agar satu perudangan melibatkan jenayah cyber diletakan sebaris dengan undang-undang yang lain, kerana semakin hari isu ini semakin serius dan jika tidak ditangani ia akan menghancurkan negara.
"Laman sosial dicipta untuk manusia berkongsi kebahagian, kesedihan, keseronokan, kemarahan, kebijaksanaan dan tak kurang juga kebodohan"